Alescha Awanies mengalirkan airmatanya, apabila terpaksa berpisah
dengan kenalan barunya yang dikenali melalui PLKN. Kini, PLKN yang
disertainya, sudah tamat. Maka bermula episod baru dalam hidupnya,
dimana dia harus mencari kerja, sementara menunggu panggilan dari
pihak universiti untuk menyambung pelajarannya.
Alescha Awanies percaya akan takdir dan rezeki yang telah di tetapkan
padanya. Sekiranya ada rezeki untuknya, biarlah masa yang menentukan.
Tetapi sesuatu mula bertandang di fikirannya, wasiat arwah ibu. Ya,
wasiat itu sedikit sebanyak menganggu hidupnya selama tiga bulan,
sepanjang menjalani latihan tersebut.
'Apa isi wasiat itu? Kenapa arwah ibu kirimkan untukku? Kenapa bukan
untuk adik-beradik ku yang lain? Adakah wasiat ini akan mengubah
hidupku kelak?' pelbagai soalan mula menerjah akalnya, sebaik sampai
ke lapangan terbang.
Fikirannya menerawang jauh, hingga tidak mempedulikan orang yang lalu
lalang sekitarnya. Akibat terlalu memikirkan akan wasiat, kepalanya
tiba-tiba pusing. Tubuhnya hampir rebah kelantai, tetapi dia merasa
seperti tubuhnya disambut oleh seseorang, tetapi dia tidak sedar dan
mengetahui siapa yang membantunya saat itu.
“Escha … Escha …, bangun Escha,” suara itu memanggilnya untuk
kembali ke alam realiti.
Alescha Awanies tersedar, apabila namanya dipanggil berulang kali.
Sebelum membuka matanya, telinganya sibuk memicing suara yang
memanggil namanya itu. Suara itu, seperti pernah didengarinya sebelum
ini, tetapi otaknya masih gagal menafsir.
Lalu, matanya dibuka perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya, apabila
melihat wajah yang sedang menahan badannya dari jatuh, menyembah
bumi.
'Hael? Apa yang dia buat dekat sini?' akalnya berkata sendiri.
“Syukur la Escha dah sedar. Risau Hael tadi, melihat Escha
tiba-tiba jatuh pengsan, nasib baik Hael ...” Bicaranya dipotong
oleh Alescha Awanies.
“Nasib baik apa yang awak maksudkan? Nasib baik awak ada, dan
sempat menahan saya? Itu yang awak maksudkan?” Alescha Awanies
terus bangun dan membetulkan tudungnya yang terangkat sedikit, hingga
menampakkan rambutnya.
“Bukan itu maksud, Hael,” Azhael Ikhtiman cuba menyembunyikan
perasaannya tika itu.
“Habis tu? Saya pelik, macam mana awak boleh ada dekat airport ni?
Bukan kem awak dekat Sandakan?” Alescha Awanies menyoalnya sambil
memalingkan pandangannya kearah lain.
“Sebenarnya saya ...” Azhael Ikhtiman terkelu untuk menjawab
soalan Alescha Awanies apabila melihat kelibat kakaknya, Aisya Syafia
semakin menghampiri.
“Hye, perempuan! Tak sangka kau begitu berani kan? Lepas kau goda
abang aku, sampai dia ikut membela kau dan sanggup memutuskan
hubungan kami adik-beradik. Sekarang kau nak goda adik aku pulak?
Mana letaknya maruah yang kau sanjung selama ni?
Kau ingat dengan bertudung litup dan berjubah macam ni, kau boleh
buat semua orang percaya dan kasihan dengan kau? Memang silap besar!
Lagi satu, aku nak kau jauhkan diri dari adik aku, kalau tidak, aku
tak teragak-agak hapuskan kau! Ingat pesan aku ni, dan simpan dekat
otak kau!” Aisya Syafia menunjang kepala Alescha Awanies.
“Angah! Kenapa angah cakap macam tu dekat Escha?” Azhael Ikhtiman
berniat untuk membela Alescha Awanies.
“Ada lagi yang akak nak cakap?” soal Alescha Awanies sambil
beristghfar di dalam hati. Mengumpul kekuatan untuk bertahan.
“Kau memang tak tahu malu kan? Dasar anak haram yang tak sedar
diri!” Aisya Syafia menenking Alescha Awanies dihadapan orang ramai
yang sedang berada disitu. Tanpa ada sekelumit perasaan malu.
Alescha Awanies masih mampu tersenyum walaupun dihina dan diherdik
sebitu. Dia sudah tekad untuk tabah menghadapi segala cubaan yang
datang untuknya.
“Angah ni da tak tahu malu ke?” Azhael Ikhtiman mula tidak
berpuas hati dengan Aisya Syafia, apabila Alescha Awanies diherdik
sebegitu dihadapannya.
“Hael, kau pun nak ikut abang kau ke nak membela perempuan tak da
maruah ni?” soal Aisya Syafia yang mulai berang dengan sikap
adiknya.
“Angah, mulut tu jaga sikit. Ingat angah dekat mana sekarang?”
Azhael Ikhtiman mencuba untuk menenangkan kakaknya itu yang persis
seperti orang yang dirasuk!
“Kau tak payah nak membela dia sangat! Perangai dia sama je dengan
mak dia yang dekat dalam kubur tu!” Aisya Syafia semakin galak
menghina Alescha Awanies. Dia nak tengok perempuan itu menangis dan
melawannya. Dia memang menanti saat itu.
“Akak memang dah melampau! Kalau nak hina dan caci saya, saya masih
boleh terima! Tapi, jangan sesekali melibatkan arwah ibu saya!”
Alescha Awanies sudah melatah, apabila Aisya Syafia melibatkan arwah
ibunya itu.
“Kau ingat aku tak tahu, apa yang ibu kau buat semasa dia hidup
lagi?” Aisya Syafia menengking Alescha Awanies.
Alescha Awanies terpana bila mendengar apa yang diucapkan oleh Aisya
Syafia. Dia sama sekali tidak mengagak bahawa Aisya Syafia mengetahui
rahsia arwah ibunya.
“Apa yang akak cakapkan ni?” Alescha Awanies masih mampu
menghormati perempuan yang bernama Aisya Syafia itu.
“Mesti dalam otak dan hati kau tu, nak sangat tahu kan? Aku amat
yakin, yang kau tidak mengetahuinya,” Aisya Syafia mengambil
sesuatu dalam tas tangannya, dan menyerahkan kepada Alescha Awanies
tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi olehnya.
“Apa ni?” Alescha Awanies terpingga dengan pemberian itu, lalu
memandang ke wajah Aisya Syafia untuk mencari maksud akan pemberian
itu.
“Aku tak rasa yang kau bodoh sangat! Sampai tak tahu nak bezakan cd
dengan kasut!” Aisya Syafia masih dalam nada suara yang sama,
sengaja mahu mencari perhatian mereka yang lalu lalang sekitar itu.
“Untuk apa akak bagi saya cd ni?” soal Alescha Awanies sambil
mengawal airmatanya agar tidak mengalir keluar.
“Dalam cd tu, semua rahsia dan perbuatan ibu kau yang berada dalam
kubur tu buat semasa hidupnya!” Aisya Syafia melemparkan cd tu
tepat ke muka Alescha Awanies.
Azhael Ikhtiman yang terdiam disitu semenjak tadi, berlalu mengikut
Aisya Syafia apabila dia ditarik dengan kasar oleh kakaknya.
Alescha Awanies tidak mampu membuat apalagi. Tanpa sedar, dia sudah
terduduk di tempat dia berdiri sebentar tadi. Kata-kata yang di
ucapkan Aisya Syafia, sebentar tadi masih jelas tergiang di
telinganya.
“YA ALLAH, sungguh besar dugaan yang kau berikan kepadaku. Di
usiaku yang baru menginjak 18 tahun, aku sudah dihadapkan dengan
dugaan ini. Aku sememangnya hamba yang lemah, tetapi aku bukanlah
manusia yang mudah berputus asa. Aku akan kekal tabah dalam
mengharunginya, demi mencari sebuah kebenaran.
Sebuah kebenaran untuk membersihkan dan membebaskan arwah ibuku, dari
menjadi cacian manusia yang terlalu angkuh di muka bumimu ini.
Kuatkanlah hatiku YA ALLAH, hanya padaMU aku memohon,” Alescha
Awanies mengaminkan doanya sebentar tadi. Seraya itu, dia mengelap
airmatanya yang sudah tidak dapat dikawal lagi.
No comments:
Post a Comment