UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Monday 16 December 2013

apa nak jadi ni?

PENGAWAL KESELAMATAN LARIKAN RM250,000 DI SUBANG


KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Seorang pengawal keselamatan melarikan
wang tunai berjumlah RM250,000 dari van yang dipandunya semasa dua lagi rakannya
sedang memindahkan sejumlah wang ke Maybank di Wisma Consplant, Subang
Jaya hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kejadian berlaku
kira-kira 9 pagi ketika suspek yang dikenali sebagai Mohd Fahamy Mohammad Ramly,
30, yang sedang menunggu rakan-rakannya melakukan tugas mereka, tiba-tiba
melarikan van yang berisi wang tersebut.
"Mereka ditugaskan untuk mengambil wang hasil jualan hujung minggu di
beberapa premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan di dua buah stesen minyak di
Kesas (Lebuhraya Shah Alam) bagi tujuan mendeposit wang tersebut ke dalam bank.
"Wang berkenaan merupakan milik dua buah stesen minyak dan sebuah
restoran makanan segera yang ditinggalkan dalam van itu sebelum dideposit ke
dalam Maybank di dalam bangunan wisma tersebut," katanya kepada Bernama.
Yahaya berkata dua rakan pengawal tersebut yang kembali setelah menghantar
wang ke bank itu mendapati suspek bersama van itu tidak lagi kelihatan di situ.
-- LAGI
POLIS-CURI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Mereka kemudiannya menghubungi rakan mereka dengan alat walkie-talkie tetapi
gagal, lalu kedua-duanya membuat laporan polis.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan suspek tidak mempunyai senjata
dan baru sahaja berkhidmat di syarikat keselamatan itu pada 1 Okt lepas.
Syarikat tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2005 menawarkan khidmat
penghantaran wang kutipan jualan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelanggan,
katanya.
Yahaya berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan
kerana mencuri.
-- BERNAMA
MAMA HK HM
12/16/2013 23-04ST

1 comment:

Hoyaz said...

Macam² la sekarang. Adoi... Curi banyak pula tu. hahahah

ZH Blogger

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!