UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 31 December 2013

Adakah Dia Milikku? 23

 Bagi melupakan perkara yang baru berlaku sebentar tadi, Alescha Awanies mengambil kesempatan yang ada untuk menjelajah kedai-kedai yang berada dalam kawasan lapangan terbang. Masa untuk dia menaiki penerbangan, masih berbaki setengah jam.
Di ingatannya, muncul wajah nenek kesayangannya. 'Apa la khabar nenek, agaknya? Sihat ke dia?' desis hatinya saat itu.
Pantas matanya meliar mencari sesuatu untuk diberikan kepada neneknya. Sesuatu yang menarik perhatiannya, dan dirasakan amat sesuai untuk dijadikan hadiah. Pantas tangannya mengapai, lalu dia terus menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Sebaik selesai membuat pembayaran, kedengaran suara di corong spaeker memanggil penumpang untuk melaporkan diri di kaunter. Pantas Alescha Awanies mengorak langkahnya. Tanpa memikirkan mereka yang lalu lalang. Di fikirannya tika itu, hanya memikirkan nenek dan angahnya.
“Assalammualaikum, nenek tengah masak apa tu?” Khairul Fadlan menyapa neneknya yang sedang leka memasak di dapur.
“Waalaikummussalam, nenek tengah masak lauk kegemaran Escha ni. Khai, Escha ada bagitahu tak dia sampai pukul berapa?” Pn.Maziah masih fokus kepada masakannya.
“Escha cakap, kalau tak ada aral, pukul 5 sampai la dia. Nenek da rindu sangat nampaknya,” usik Khairul Fadlan sambil membantu neneknya mencuci pinggan mangkuk yang ada dalam singki.
“Nenek bukan rindukan Escha sorang je, semua cucu nenek rindu. Khai, hari tu Mak Long ada datang sini. Dia sempat jumpa Escha sorang, Khai dengan along tak da masa tu,” Pn.Maziah merasakan itu masa yang sesuai untuk memberitahu kepada cucunya akan kewujudan anak-anaknya yang lain.
“Mak Long? Mak Long mana nek? Belah ayah ke?” soal Khairul Fadlan sambil memusingkan badannya memandang ke arah Pn.Maziah. Setahunya, arwah ibunya tiada adik-beradik.
'Mungkin belah ayahnya,' desis hatinya.
“Sebenarnya, nenek ada tiga orang anak. Arwah ibu Khai, anak bongsu,” jelas Pn.Maziah tanpa selindung lagi dengan cucunya itu.
“Kalau betul seperti yang nenek cakapkan, kenapa dorang tak pernah balik jenguk nenek? Kenapa masa arwah ibu meninggal dorang tak datang? Kenapa nenek tak bagitahu kami adik-beradik tentang kewujudan mereka?” Khairul Fadlan semakin galak bertanya.
“Sebenarnya, hanya Khai dan along je yang tidak tahu akan kewujudan mereka,” Pn.Maziah meneruskan masakannya.
“Jadi Escha tahu tentang tu? Kenapa nenek rahsiakannya dari pengetahuan kami?” Khairul Fadlan terkesima bila mendengar bicara neneknya sebentar tadi.
“Bukan niat nenek nak berahsia dari cucu-cucu nenek. Nenek tiada keberanian untuk menceritakan rahsia keluarga kita, kepada orang lain,” sayu Pn.Maziah masa itu.
“Habis Khai pun orang lain bagi nenek? Itu maksud nenek?” Khairul Fadlan kecewa apabila Pn.Maziah menceritakan perkara itu.
“Bukan itu maksud nenek sayang. Maksud nenek ...” Pn.Maziah terhenti di situ apabila telefon bimbit milik Khairul Fadlan berbunyi.
“Waalaikummussalam, ha? Escha da sampai? Bukan tadi, Escha cakap sampai pukul 5? Yela-yela, angah pergi ambil ni,” Pn.Maziah dapat mengagak siapa gerangan yang menghubungi Khairul Fadlan.
“Nek, Khai pergi ambil Escha kejap. Nanti kita sambung lagi,” Khairul Fadlan memberitahu Pn.Maziah tujuannya.
“Hati-hati memandu tu, jangan bawa laju-laju sangat,” Pn.Maziah berpesan kepada Khairul Fadlan.
“Assalammualaikum nek, Khai pergi dulu,” Khairul Fadlan menyalam tangan Pn.Maziah.
“Waalaikummussalam,” Pn.Maziah dihimpit perasaan serba salah terhadap cucunya, Khairul Fadlan.
Diana Syuhada terkenangkan neneknya di kampung. Perasaan rindu mula menghimpit. Hatinya sebak mengenangkan pertelingkahan antara dia dengan neneknya. Tidak terniat untuk bertengkar dengan neneknya, tetapi apabila neneknya membela Alescha Awanies. Hatinya mula memberontak. Fikirannya betul-betul melayang jauh ke kampung. Deringan telefon bimbitnya, mengembalikannya ke alam nyata. Serta-merta bayangan nenek dan adiknya hilang begitu sahaja. Telefon bimbit dikerling. Sebaik melihat nama yang tertera, perasaannya berubah 360 darjah. Hilang jauh perasaan rindunya, terbit perasaan teruja yang tidak dapat digambarkan.
“Assalammualaikum sayang, tengah buat apa tu? Bie ganggu ke?” kedengaran jelas suara Nazrul Alimi di hujung talian.
“Waalaikummussalam bie, sayang tengah ambil angin kat depan ni je. Bie tak ganggu pun. Bie sihat?” Pada mulanya Diana Syuhada tidak begitu selesa memanggil Nazrul Alimi dengan panggilan itu, tetapi mengenangkan itu permintaan kekasihnya. Diana Syuhada mengalah juga.
“Alhamdulillah, bie sihat. Sayang, bie nak bagitahu sesuatu ni,” Nazrul Alimi merancang sesuatu.
“Bie, nak bagitahu apa? Bie, kat mana ni?” Diana Syuhada mula teruja.
“Family Bie, ada plan nak melancong ke Philipines, sayang nak ikut tak?” Nazrul Alimi menyatakan hasratnya.
“Family Bie nak melancong ke sana? Lepas tu, bie nak ajak sayang? Ish, tak nak la. Segan la bie. Lagipun, sayang bukannya kenal dengan family bie. Nanti apa pulak family bie fikir,” Diana Syuhada membetulkan rambutnya yang jatuh.
“Sayang, bie dah bagitahu mereka. Mereka setuju, lagipun mummy dengan daddy nak kenal, siapa bakal menantunya,” Nazrul Alimi menyusun kata-katanya.
“Hurm, bie nak bercuti berapa lama dan bila? Sayang tak ready lagi la bie,” Diana Syuhadah mula berdebar bila Nazrul Alimi memberitahu hasratnya.
“Seminggu je sayang, sayang jangan takut. Bie kan ada sekali? Kita dapat mengeratkan lagi hubungan kita,” Nazrul Alimi mengharapkan Diana Syuhada bersetuju.
“Hurm, demi bie, sayang ikut jela. Tapi bie janji, jangan tinggalkan sayang seorang okay?” Diana Syuhada akhirnya kalah dengan rayuan kekasihnya.
“Bie janji sayang! Sekarang sayang tengah cuti semester kan? Sayang kemaslah barang yang nak di bawa, esok pagi bie ambil sayang,” Nazrul Alimi sudah melonjak kegembiraan.
“Bie biar betul? Esok pagi dah nak bertolak? Kenapa bie bagitahu lambat sangat?” Diana Syuhadah terkejut bukan kepalang.
“Bie nak buat suprise dekat sayang. Esok pagi bie ambil, jangan lewat tau?” Nazrul Alimi begitu teruja.
“Bie, lain kali jangan buat macam ni tau? Sayang tak suka!” Diana Syuhadah memarahi kekasihnya.

“Bie janji sayang. Terima kasih sebab sudi temankan bie,” Nazrul Alimi mengerti bagaimana mahu memujuk kekasihnya itu sekarang.


P/S: ME MINTA MAAF, SEBAB BAB NI AGAK PENDEK SEDIKIT, TETAPI ME JANJI AKAN PANJANGKAN BAB SETERUSNYA DEMI PENGIKUT ADM.

3 comments:

Unknown said...

thanks update adm..
happy new year

Unknown said...

welcome, me akan cuba sedaya upaya untuk peminat ADM dan pembaca karya ME.. selamat tahun baru,

Unknown said...

bagus ME..teruskan berusaha keras dan semoga tahun 2014 ni, cita2 yang diinginkan akan tercapai ya;-)

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!