UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Saturday 30 November 2013

What? Katak Puru Suamiku? 03



Riana tersedar dari mimpi buruk yang menganggu tidurnya.
 'Apa kes pulak aku kena bersanding dengan katak puru tu? Dah tak da lelaki lain ke?' bentak hatinya.
'Mungkin dia jodoh kau kot, terima jela Riana. Nak kata tak da rupa, dia memang kacak, nak kata miskin, dia anak Tan Sri,' akalnya pula mengusik
'Ingat aku heran dengan semua tu? Tak maknanya aku nak semua tu, aku mampu berdiri atas kaki sendiri la, lagi satu, kalau harap muka dan harta dia je, tak guna! Kalau perangai tak semanggah! Dah la tak reti nak jaga hati orang!' hatinya pula mengacau.
Tanpa membalas kata hatinya, Riana terus ke kamar mandi untuk membasuh mukanya. Sebaik selesai membasuh muka, Riana mencapai baju sejuk di dalam almarinya, dan berjalan menuju tangga. Langkahnya dijaga, kerana dia tidak mahu mengganggu tidur kembarnya, yang sudah lena di ulit mimpi. Sebaik sampai pintu, dia terkejut bila Ashfiq muncul di muka pintu dengan rambut yang kusut masai dan pakaian persis seorang pengemis.
“Kau dah kenapa ni Fiq? Kau pergi mana sampai lewat begini balik rumah?” soal Riana tanpa sempat memberi peluang untuk Ashfiq menarik nafas.
“Ish, yang kau tanya aku, kau pula nak pergi mana malam-malam ni? Siap bawa kunci kereta lagi?” Ashfiq pula bertanya, apabila melihat penampilan Riana yang lain dari selalu
“Aku, tak boleh tidur, tu yang aku ingat nak keluar tenangkan fikiran,”jawab Riana spontan sambil membuat muka selamba.
“Kau nak pergi mana, malam-malam ni?” Ashfiq bertanya sambil membetulkan rambutnya yang kusut masai itu.
“Aku tanya kau, kau tanya aku balik? Sampai minggu depan pun, belum tentu dapat jawapan. Sekarang kau bagitahu aku, macam mana kau boleh jadi macam ni?” soal Riana sambil menarik baju Ashfiq yang terjatuh ke lantai.
“Aku sebenarnya baru putus dengan Qirana. Gara-gara aku tak ingat hari lahirnya,” Ashfiq meminta simpati Riana. Baginya, Qirana adalah insan yang terlalu istimewa, walaupun perhubungan mereka baru mencapai usia 2 bulan.
“Baru putus, kau dah berubah sampai begini? Aku tak faham la dengan kau ni, setahu aku, kau bukannya pernah bersungguh dengan wanita, tapi baru di tinggalkan oleh Qirana, kau dah jadi macam ni? Mana pergi prinsip yang kau banggakan sebelum ni?” Riana sengaja memerli Ashfiq, kerana kembarnya itu sudah termakan dengan prinsip hidupnya sendiri.
“Aku pun tak tahu la Riana, dengan Qirana aku rasa lain, tak sama macam dengan perempuan lain yang aku kenal. Kau sendiri tahu, Qirana macam mana kan? Lagipun, dia kan kawan kau?” Ashfiq sengaja menukar topik perbincangan.
“Memang la dia kawan aku, tapi tentang sikap dia dengan lelaki aku tak tahu. Lagipun, kami bukannya rapat sangat. Eh, temankan aku boleh tak? Kita pergi Uptown? Aku pun nak hilangkan tension ni,” Riana faham, bahawa Ashfiq tidak mahu berbicara lebih lanjut mengenai Qirana masa itu.
“Kau nak pergi Uptown mana? Aku boleh temankan, tapi kau kena la tunggu aku mandi jap, tak kan la aku nak pergi dengan serabai begini?” Ashfiq berjalan menaiki tangga.
“Cepat sikit, kau tu kalau bersiap, mengalahkan perempuan. Kalau kau lambat, aku pergi sorang je,” Riana sengaja menduga Ashfiq, dia tahu Ashfiq tak kan menghampakan permintaannya
.Walaupun mereka sering bertelagah pendapat dalam pelbagai isu, tapi mereka tidak pernah berdendam dan memusuhi antara satu sama lain. Malah, mereka melengkapi antara satu sama lain. Mereka juga tidak kisah dengan pandangan kawan-kawan mereka, yang menganggap mereka seperti pasangan kekasih, ini disebabkan mereka tidak seiras.
“Kau tercegat kat situ, kenapa? Dah tak reti-reti nak start enjin kereta ke?” soal Ashfiq apabila melihat Riana yang kaku dimuka pintu.
“First time kau siap cepat malam ni, terkejut aku. Selalunya, kau la paling lambat nak bersiap,” Riana sengaja memerli Ashfiq, yang cukup terkenal dalam menjaga penampilannya. Riana sendiri pelik, perangai siapa la yang diikut oleh si Ashfiq ni. Nak kata perangai arwah ayah mereka, memang jauh sekali, sebab arwah ayah mereka sememangnya cukup simple.
“Aku siap cepat salah, aku siap lambat kau membebel, pelik la dengan kau ni. Susah aku nak predict kau ni,” jawab Ashfiq sambil menutup pintu rumah mereka.
“Ala, tak kan sebab benda kecil ni, kau nak marah aku?” Riana mula buat muka simpatinya, yang mampu membuat Ashfiq dan lelaki lain jatuh tersungkur di kakinya.
“Kau tak yah buat muka simpati macam tu, boleh tak? Lemah aku dibuatnya, aku rasa sebab kau buat muka macam tu, si katak puru tu asyik terigau-igaukan kau,” Ashfiq pula mengenakan Riana.
“Kau kalau seminit tak kenenkan, aku dengan katak puru tu, tak boleh ke? Nak termuntah aku dibuatnya, kau tahu? Aku ingatkan, kau dengan aku je yang ingat dekat katak puru tu, tapi tadi masa aku buka mesej dekat muka buku, kawan-kawan sekolah kita dulu asyik tanya dekat aku tentang si katak puru tu, termasuk la dengan Qursyia,” panjang lebar Riana menceritakan pada Ashfiq.
“What? Qursyia yang terkenal dengan kebijaksanaan dan kecantikannya tu pun berkenan dekat si katak puru? Habis la kau lepas ni, banyak persaingan nak dapat si katak puru tu. Jangan sampai berbunuhan sudah la,” Ashfiq sudah menghamburkan tawanya selepas Riana menarik muka masam, mengalahkan buah mangga muda.Riana tidak mudah melatah, dia tengah mencari idea untuk kenakan balik Ashfiq yang semakin galak mengenakan dirinya dengan si katak puru a.k.a Ezrean.
 Tatkala otaknya ligat berfikir, matanya terpaut pada sesusuk tubuh yang begitu dikenalinya.
“Fiq, berhenti jap. Aku macam nampak sesorang yang kita umpat la, berhenti kejap,” Riana menyuruh Ashfiq memberhentikan kereta.
“Kau dah gila ke? Mana ada orang berjalan waktu macam ni, kau nampak siapa?” soal Ashfiq yang mula terkejut. Apa taknya, jam di dashboard kereta sedang menunjukkan jam tepat 3.30 pagi.
“Aku nampak Qursyia la, gadis idaman kau masa sekolah dulu. Jangan ingat aku tak tahu, yang kau sememangnya meminati dia, siap letak bunga mawar putih lagi bawah meja dia,” Riana menjawab tanpa memandang Ashfiq, tanggannya ligat mahu membuka pintu kereta.
“Woi, jangan buat kerja gila boleh tak? Entah siapa yang kau nampak, kau cakap nampak Qursyia pulak? Kau ni dah sewel ke? Kau tengok jam sekarang pukul berapa? Kalau betul pun Qursyia, apa yang dia buat kat tempat macam ni, dan pada waktu begini? Silap orang kot,” Ashfiq mula berfikiran negatif, sebab dia tidak nampak pun susuk Qursyia apabila melihat keliling kawasan itu.
“Kau buka pintu ni sekarang! Sekarang aku cakap!” Riana sudah mula berubah sikap apabila mendapat tentangan dari Ashfiq.
“Kau nak pergi mana?” soal Ashfiq yang terpaksa membuka juga pintu keretanya.“Aku nak pergi cari Qursyia, kau tunggu sini! Kau jangan pergi kemana-mana! Ingat pesan aku!” jerit Riana dan mula berlari kearah susuk Qursyia pergi.
“Ish, gila la dia ni, buat sesuatu tanpa fikir kesannya, dibuatnya yang dia nampak tu bukan Qursyia,” Ashfiq mula perasan yang bulu romanya mula naik, bila dia memikirkan perkara itu.
“Qursyia! Qursyia!” Riana menjerit memanggil nama sahabatnya itu.Susuk tubuh yang di ikutinya mula menoleh kebelakang, terpancar wajah pelik di muka gadis itu, apabila namanya disebut oleh wanita yang tidak dikenalinya.
“Maafkan saya, mana awak tahu nama saya? Kenapa awak mengekori saya? Saya kenal awak ke?” soal gadis itu yang mula berprasangka pada Riana.
“Awak Qursyia kan? Dulu sekolah dekat SMK Rantau Panjang, Klang? Kelas 5 sc 2?” Riana mula bertanyakan kepada gadis itu.
“Ye saya Qursyia, macam mana awak tahu saya sekolah dimana dan kelas saya?” Qursyia masih kebingungan dengan kehadiran Riana.
“Qursyia, tak kan awak tak ingat saya? Riana Aqiesha? Kembar Ashfiq Iqram?” Riana mencuba meraih kembali ingatan gadis itu.
“Ashfiq Iqram? Budak nerd yang hampir di keronyok oleh Ezrean Zackri? Gara-gara nak pertahankan kembarnya yang berbadan besar tu ke?” Qursyia sudah mengingati kembarnya, tetapi bukan dirinya.
“Ye, awak ingat nama kembarnya?” soal Riana yang mula sedih bila dirinya dilupakan oleh Qursyia.
“Tak silap saya, dia dipanggil Qiesha je. Kejap tadi awak cakap, awak kembar Ashfiq? Setahu saya, Ashfiq hanya ada sorang sedara kembar, jadi awak siapa pula?” Qursyia mula pening dengan persoalannya sendiri.
“Saya la kembarnya, yang dipanggil Qiesha tu,” Riana menerangkan kepada Qursyia.
“Tapi Qiesha tu berbadan besar? Tak mungkin Qiesha yang saya kenal, boleh berubah menjadi cantik seperti awak? Macam tak masuk akal, macam mana awak boleh berubah macam ni?” soal Qursyia seakan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya sebentar tadi.
“Betul la, saya la ni, mentang-mentang saya dah berubah, awak terus lupakan saya. Sampai hati awak kan? Saya sanggup berlari kejar awak,” Riana sengaja memancing Qursyia.
“Maafkan saya Qiesha, bukan saya lupakan awak, cuma banyak sangat perubahan pada diri awak sekarang ni. Tu yang buat saya tidak mengenali awak. Lagi satu, dalam laman muka buku awak, awak letak gambar lama awak, sudah pasti la saya hanya menganggap awak begitu,” Qursyia mengagumi akan perubahan Riana, yang mampu berubah sedrastik ini.
“Eh, terlupa pula saya, awak nak kemana waktu begini?” Riana mengalihkan topik apabila dia sudah mendapat jawapan kepada soalannya sebentar tadi.
“Saya baru nak keluar makan, tu yang kena keluar mencari, barang-barang dekat rumah semua dah habis, tak sempat nak membelinya lagi,” akui Qursyia.
“Kalau macam tu, jom la join saya dengan Ashfiq, sambil boleh borak panjang lagi. Kita dah la lama tak jumpa, last sekali seingat saya, kita jumpa masa hari ambil keputusan, lepas tu masing-masing membawa hala tuju sendiri,” Riana mengajak Qursyia menyertainya.
“Boleh jugak, lagipun esok saya tak kerja. Kejap, dari tadi saya tak nampak pun Ashfiq? Dia tunggu dekat mana?” Qursyia mula pelik bila nama Ashfiq disebut, tapi tidak nampak kelibatnya.
“Dia tunggu dekat kereta, di bawah sana. Dia tidak percaya yang saya nampak awak, tu yang saya suruh dia tinggal dalam kereta,” Riana menjawab soalan Qursyia tanpa selindung apa-apa.

1 comment:

zainatul abu bakar said...

Salam perkenalan..best jugak cerita ni. Hehe. Ade perasan dkt penulisan2u, tp xsmpt bace lg. Bleh la follow cerita ni nnt. Nway, jemputlah baca "Bila Encik Iceberg Cair". Sy bru cuba2 menulis..kalau ade kekurangan minta maaf. Sy bdk bru bljr :)
Http://perempuankampungmoden.blogspot.com

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!