UsiA bLog MeGaT

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 4 December 2013

What? Katak Puru Suamiku? 04


“Kau kemana? Asal lambat sangat? Kau jumpa siapa? Kau jumpa tak dengan Qursyia tu?” Ashfiq mula bertanyakan kepada Riana, apabila melihat kelibat Riana di sisi kereta yang dipandunya.
“Kau cakap aku pandai, tapi bila kau start membebel, dah macam bertih jagung pulak, tak reti berhenti, kau teka la aku jumpa siapa?” Riana sengaja menguji Ashfiq. 
Dia tahu bahawa Qursyia juga menyimpan perasaan pada kembarnya itu, jika tidak mana mungkin nama itu, yang keluar dulu dari mulutnya?
“Kau ni, aku serius kau boleh pulak nak main teka-teki dengan aku sekarang ni. Sorry la sis, not a right time la!” Ashfiq mula berang dengan Riana.
“Assalammualaikum, Fiq sihat?” Qursyia memulakan bicaranya, apabila melihat situasi yang mula tegang itu.
“Waalaikummussalam, Fiq sihat alhamdulillah,” jawab Ashfiq yang seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat dan didengari.
Semasa berada di alam persekolahan dahulu, dia pernah menyimpan perasaan pada gadis itu. Tetapi tika itu, dia keliru dengan perasaannya. Sama ada perasaan sayang sebagai sahabat, ataupun sayang sebagai kekasih, sebab dia sendiri tidak berani meluahkannya.
“Fiq! Fiq! Kau tengah fikir kemana? Aku panggil kau tiga empat kali, kau tak layan! Ni yang buat aku bengang!” Riana mula mengasak Ashfiq, manakala Qursyia di hadapannya mula tersenyum.
“Err, tak da la. Qursyia sihat? Macam mana dengan kehidupan Qursyia sekarang?” Ashfiq mula tergagap apabila terlihat senyuman yang terukir di bibir Qursyia.
“Alhamdulillah saya sihat,” Qursyia sudah tersipu bila Ashfiq berubah tingkah.
“Aduh, dah mula dah sinetron dekat sini, aku pulak terasa macam tunggul kematu kat sini,” Riana memerli Ashfiq dan Qursyia.
“Err, kau dah jadi tunggul ke? Qursyia, mari kita duduk kat tunggul kematu ni, best ni boleh melantun-lantun,” seraya itu Ashfiq dengan Qursyia sudah menghamburkan tawanya.
“Oh, pandai ey kenakan aku balik. Mentang-mentangla dah jumpa pengarang jantung, aku dilupakan. Tak pa, biar aku drive, korang berbual la berdua, aku nak pergi Uptown dulu,” Riana pantas membuka pintu pemandu dan berhasrat beredar dari situ.
“Ala, Mrs katak puru ni dah merajuk la pula,” Ashfiq masih mengusik Riana, sambil membuka pintu untuk Qursyia.Qursyia mengucapkan terima kasihnya, kepada Ashfiq dengan menghadiahkan senyumannya kepada Ashfiq. Sebaik masuk kedalam kereta, mereka masih mengusik Riana.
“Riana, betul ke saya dengar awak dengan katak puru tu?” Qursyia pula menjalankan misinya mengorek rahsia rakannya. Di mulutnya, perkataan katak puru tu cukup geli untuk didengar.
“What? Siapa cakap saya dengan katak puru tu? Gila ke apa?” Riana seakan menjerit, dan membrek kereta dengan mengejut. 
Nasib baik la, tiada kereta dan kenderaan lain di belakang mereka ketika itu, kalau tidak, mahu bising dengan bunyi hon.
“Kau ni dah kenapa?” soal Ashfiq sambil menarik telinga Riana.
“Aku terkejut la, bila orang lain kaitkan aku dengan katak puru tu, mana dorang dapat berita tu? Tak ingin aku dengan katak puru tu, mahu anak-anak aku terikut perangai tak senonohnya itu nanti!” Riana mulai berang.
“Aik, cakap tak suka, tapi sampai berlarut ke kes anak-anak bagai ni, dah lain macam tu,” Ashfiq masih giat mengusik.
“Err, aku tersasul la,” muka Riana masa tu memang da berubah menjadi merah, maklumla dengan kulitnya yang putih tu, memang nampak ketara perubahan itu.
“Maafkan saya Riana, saya tidak berniat buat awak berang, saya cuma bertanya,” Qursyia menerangkan perkara sebenar.
“Eh, tak pa lah, saya okay. Cuma Ashfiq ni, suka sangat menyakat saya, tak tahu la macam mana dengan isterinya nanti bila melihat kami begini,” Riana kembali fokus kepada pemanduannya.
“Isteri Ashfiq? Maksud awak, Ashfiq dah kahwin ke?” seraya itu wajah Qursyia sudah berubah. Mana taknya, jejaka yang di minatinya sudah menjadi milik orang.
“Hello Man, ni aku Aki. Kau kat mana sekarang?” Ezrean Zackri membuat panggilan.
“Hello, ha kau. Apa mimpi call aku waktu macam ni? Tak tahu orang nak tidur ke?” Ruzaiman Ikmal sudah memarahi kawannya itu.
“Rilex la, awal lagi. Esok kan kau tak keje? Keluar jom? Bosan la dekat rumah ni,” Ezrean Zackri menyampaikan hajatnya.
“Kau nak pergi mana Akie? Pergi makan atau clubbing?” Ruzaiman bertanya sambil menenyeh matanya yang baru mahu terlelap.
“Hurm, why not we go Uptown? Aku rasa macam nak cari sesuatu la,” Ezrean memberi cadangannya.
“Okay, aku ikut je, asalkan kau belanja aku seekor sugar glider, dah ok da. Aku nak pasangkan dengan Rino. Boleh?” Ruzaiman bertanya.
“Setakat seekor, aku tak da hal la. Janji kau nak temankan aku, aku malas nak pergi seorang diri. Kau siap sekarang, 10 minit lagi aku sampai,” Ezrean memberitahu Ruzaiman.
“Okay, macam tu la kawan aku,” Ruzaiman sudah tersenyum dihujung talian.
Mereka sememangnya, sudah berkenalan rapat sejak di bangku sekolah lagi. Ingat tak tentang kuncu-kuncu Ezrean? Ruzaiman salah seorangnya. Sorang lagi dah migrasi ke Brunei, atas sebab menguruskan sekolah swasta milik keluarganya. Di Malaysia hanya tinggal dua sahabat ini.
“Hello Man, aku dah ada dekat depan rumah kau ni, cepat sikit,” Ezrean mengarah Ruzaiman agar segera turun.
 Sikapnya yang persis seorang ketua, tidak pernah luntur, walaupun sudah lama meninggalkan zaman persekolahan.Semasa zaman sekolah dulu, Ezrean merupakan seorang ketua pengawas pusat sumber yang terkenal dengan ketegasannya dan merupakan jejaka terhangat di sekolahnya. Disebabkan banyak menghabiskan masa di pusat sumber, beliau mampu menyusun ayat-ayat untuk memikat gadis-gadis.
Disebabkan itu jugalah, dia mula menyakat Riana. Sebenarnya Ezrean menyukai semangat yang dipunyai oleh gadis itu, walaupun Riana agak berisi, tetapi dia tidak mudah mengalah. Dia tetap dengan pendiriannya.
“Ok, kejap. Aku nak sikat rambut,” Ruzaiman membalas dari hujung talian.
“Tak siap lagi? Aku yang menjemput, aku pulak kena tunggu? Banyak cantik muka kau?” jerkah Ezrean.
“Ala, rileks la. Lagipun kau yang ajak aku kan? Jadi tak salah kau tunggu kejap kan?” Ruzaiman hanya ketawa.
“Cepat sikit, bersiap mengalahkan perempuan,” rengus Ezrean di dalam kereta.
“Okay bro,” Ruzaiman hanya tersenyum bila diperli Ezrean, dia sudah masak dengan perangai Ezrean.Sebaik mematikan talian, Ezrean melihat kelibat rakan sekepalanya mula menghampiri. Dia mula keluar dari kereta.
“Kau ni, dari dulu sampai sekarang. Perangai tak berubah!” Ezrean melepaskan ketidakpuasaan hatinya.
“Perangai aku tak berubah? Habis perangai kau berubah sangat ke?” Ruzaiman membalas herdikan Ezrean itu dengan wajah yang masih tersenyum.
“Dah pandai melawan sekarang,” Ezrean membaling puntung rokoknya, dan memasuki kereta.
“Melawan? Excuse me?! Kau ingat kau sapa? Sampai aku tak boleh lawan kau?” Ruzaiman tidak mahu mengalah. Balik-balik dia dengan Taufiq Zainal je yang mengalah sejak sekolah.
“Aku kan ketua kau?” Ezrean masih fokus pada pemanduan yang agak santai tika itu.
“Zaman kau jadi ketua kami, dah lama tamat ye, bawa-bawa berubah Akie. Sekarang masing-masing dah besar, why not kau sedar diri sikit? Umur dah 26 tahun, tapi perangai kanak-kanak kau tak berubah lansung,” Ruzaiman meluahkan segala pendapat yang dianggapnya bernas tika ini.
“Stop la story ni, aku malas nak berdebat dengan kau. Aku ajak kau keluar, untuk temankan aku, bukannya nak suruh kau membebel,” Ezrean sudah mengalah dengan Ruzaiman.
 Mungkin dulu, dia boleh bodoh-bodohkan Ruzaiman dengan Taufiq, tapi sekarang? Memang mustahil perkara itu akan berulang lagi.
“Okey. Akie aku nak tanya kau sesuatu boleh?” Ruzaiman mula menurunkan tingkap kereta, untuk mengambil angin malam.
“Kau nak tanya apa, Man?” soal Ezrean yang mula memasang telinga.
“Umur kita semakin hari, semakin meningkat. Kau tak rasa nak kahwin ke? Ada rumahtangga sendiri? Ada anak-anak?” Ruzaiman terus menuju ke soalan yang bersarang di benaknya.
“Aku belum jumpa lagi dengan perempuan idaman aku,” Ezrean jawab dengan sayu. Mana mungkin seorang lelaki normal, tidak terfikirkan mahu mempunyai keluarga sendiri?
“Boleh aku tahu, perempuan macam mana yang kau idamkan?” Ruzaiman sudah tertarik untuk mendengar ciri-ciri wanita idaman Ezrean a.k.a mat novel
.“Perempuan yang boleh terima aku seadanya, yang berkerjaya, yang boleh mencari duitnya sendiri,” Ezrean menggambarkan wanita idamannya secara spontan.
“Perempuan yang boleh cari duit sendiri? Maksud kau? Kahwin tapi tak nak lakukan tanggungjawab kau?” Ruzaiman tanya tanpa memikirkan kesannya.
“Kau ni ingat aku lelaki, yang macam mana ha? Bukan itu maksud aku, maksudnya aku taknak la dia terlalu bergantung dengan aku. Jika sesuatu berlaku nanti, sekurang-kurangnya dia ada simpannya,” jawab Ezrean sambil matanya yang tidak berganjak apabila melihat satu kelibat yang betul-betul menawan hatinya.

1 comment:

Niesa said...

next episod please..hehe..nice megat..

YoU FoLLow, I wiLL foLLow bAcK !!